WHAT IS DIABETES
Diabetes is a chronic medical condition that happens when your body cannot properly regulate the amount
of sugar (glucose) in the blood. Glucose is the main source of energy for the body, and its levels are
controlled by a hormone called insulin, which is produced by the pancreas.
In diabetes:
The body does not make enough insulin (or none at all), or
The body cannot use insulin effectively (a problem called insulin resistance).
This leads to high blood sugar levels (hyperglycemia), which over time can damage organs such as the heart,
kidneys, eyes, nerves, and blood vessels.
Types of Diabetes:
Type 1 Diabetes – The body’s immune system attacks the insulin-producing cells in the pancreas. Usually
starts in childhood or young adulthood.
Type 2 Diabetes – The body becomes resistant to insulin or does not make enough. More common in adults,
often linked to lifestyle factors.
Gestational Diabetes – Occurs during pregnancy and usually goes away after delivery, but increases the risk
of developing type 2 diabetes later.
Main symptoms include frequent urination, excessive thirst, unusual hunger, tiredness, blurred vision,
and slow wound healing.
Apa itu Diabetis atau Penyakit Kencing Manis?
Diabetes ialah penyakit kronik yang berlaku apabila badan tidak dapat mengawal paras gula
(glukosa) dalam darah dengan baik. Glukosa adalah sumber tenaga utama badan, dan parasnya
dikawal oleh hormon yang dipanggil insulin, yang dihasilkan oleh pankreas.
Dalam keadaan diabetes:
Badan tidak menghasilkan insulin yang mencukupi (atau langsung tiada), atau
Badan tidak dapat menggunakan insulin dengan berkesan (rintangan insulin).
Akibatnya, paras gula dalam darah menjadi tinggi (hiperglisemia), dan jika berlarutan boleh
merosakkan organ seperti jantung, buah pinggang, mata, saraf, serta saluran darah.
Jenis-jenis Diabetes:
Diabetes Jenis 1 – Sistem imun badan menyerang sel pankreas yang menghasilkan insulin.
Selalunya bermula pada zaman kanak-kanak atau remaja.
Diabetes Jenis 2 – Badan menjadi kurang sensitif terhadap insulin atau tidak menghasilkan
insulin yang mencukupi. Lebih kerap berlaku pada orang dewasa, sering dikaitkan dengan gaya
hidup.
Diabetes Gestasi – Berlaku semasa kehamilan dan biasanya hilang selepas bersalin, tetapi
meningkatkan risiko mendapat diabetes jenis 2 pada masa hadapan.
Gejala utama termasuk kerap membuang air kecil, mudah dahaga, cepat lapar, cepat letih,
penglihatan kabur, dan luka lambat sembuh.